Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

Hidup Dalam Drama

Hai. Pernah tak terkadang korang rasa hidup ni seolah olah macam dalam drama? Drama yang korang tengok dalam tv tu, yang dirasakan tak pernah masuk dek akal. Tapi bila terkena dekat diri sendiri, baru korang sedar, itu bukan sekadar drama. Mungkin ada yang pernah mengalaminya. Dan salah seorangnya ialah kau. Kau takkan pernah tahu masa depan kau macam mana. Walaupun sekarang kau dah pun bertungkus lumus cuba untuk dapatkan apa yang kau impikan, tapi ternyata masa depan kau tak seperti itu. Kau tak pernah terlintas pun bahawa masa depan kau seperti itu. Sedih? Ya. Redha & Percaya. Kau perlu redha. Kau harus percaya bahawa apa yang terjadi dekat diri kau sekarang semuanya dah tertulis dan pasti ada hikmahnya. Allah bukan saja saja tulis jalan hidup kau macam ni. Allah tahu yang kau kuat untuk hadapinya walaupun kau sebenarnya rasa diri kau tu tak kuat. Ingat, jalan yang Allah tulis adalah yang terbaik untuk diri kau. Kau kena percaya tu. Love, ain.

Nota Buat Kau & Aku

Hi, aku ada satu nota buat kau. Aku harap kau dapat baca sampai habis ye. Aku tahu kau tengah bersedih. Bersedih tentang benda yang tak pasti jadi milik kau. Bersedih tentang diri kau yang tah ada masa depan ke tidak kelak. Bersedih tentang.. hmm macam macam. Cuma rasa diri ini amat menyedihkan. Babe, Aku nak kau tahu satu benda. Yang Tuhan tu uji kau sebab dengan keupayaan yang kau ada, kau mampu untuk hadap semua tu. Kau kena tahu tu. Aku taknak kau terus down macam ni. Banyak lagi benda yang kau boleh buat untuk kau terus happy. Aku tak kata kau tak boleh bersedih. Ye babe. Itu fitrah manusia. Tapi. Hidup terlalu singkat untuk kau berduka. You only live once! 😋. Aku percaya kau boleh hilangkan kesedihan kau. Kuatkan semangat kau. Love, ain.