Masa pertama kali jejak kaki kat uitm segamat, dalam hati cakap 'this place is creepy do. Boleh ke aku survive ni'. Dengan bangunan dia yang lamanya, keliling hutan, bilik dorm scary macam budak budak asrama dalam tv, kelas serupa macam sekolah, dinding banyak lumut lumut (not all but some la). Lepastu pergi mds k, mds batch kitorang sumpah penat. Balik dorm pukul 1 pagi baru tidur, bangun pukul 4 pagi. Kau rase??? Lepastu seminggu lak tu kau nak kena ber-mds huhuhu Allah je tahu betapa penatnya kami time tu. Tapi alhamdulillah dah lepas. Seriously walaupun penat but it was nice experience for me sebab ada macam macam aktiviti. Lepas mds cuti seminggu. Naik cuti masuk uitm balik. Ain balik sehari awal sebab nak pergi check kelas kat mana takut esok paginya tu sesat cari kelas tak jumpa pula nanti lambat pula. Cari punya cari, jumpa lah blok i, c, dengan u. Tapi paling tak boleh blah ain tak jumpa blok SL!!! Celah mana ain pun tak tahu. Semorang dak dak part 1 yg ain kenal...
Bismillahirrahmanirrahim