Skip to main content

Kawan Alam Maya. Friend or Stranger?

Assalamualaikum, hai korang! Lama ain tak update blog kan haha siap ada sorang tu tanya ain lagi bila ain nak update. Ok why kalini ain punya topik 'kawan alam maya'? Bcs someone request it haha ceyh request lah konon, acah acah je hang ni ain. Actually, someone gave me idea to write about this topic so why not kan.

Soalan yang mostly akan terlintas dalam fikiran bila berkawan kat social media ni firstly, siapa dia ni? Can be trusted ke? Haa kan betul kan korang mesti fikir camtu dulu kan. Yelaa, bukan kenal pun. Stranger dooo, kena pangkah awal awal ni.

Ok macam ni lah, bagi pendapat ain, tak salah nak berkawan kat alam maya ni. But must be careful. Dont trust 100% sangatlah, kita kenalah pandai pandai bila nak berkawan tu. Macam ain, ain ada lah jugak a few kawan social media yang ain tak pernah jumpa pun. Tapi apa apa pun before ain kawan dengan dorang, ain akan check dorang dulu sape. Contoh, kalau dia send request follow ain dekat insta, firstly ain akan stalk dia dulu, ain nak tengok dulu sape orangnyaa. Mostly ain akan accept request if dia ni related dengan kawan kawan yang ain kenal. Kalau tak, ain pangkah je hahahaha ampun yaa.

Alhamdulillah kawan alam maya ain setakat ni can be trusted laa. Yela orang kata, tak kenal maka tak cinta kan acewah haha. Macam mana nak dapatkan kepercayaan? Kedua dua nya kena jujur of course bcs honesty is everything.

Pernah tak korang terfikir korang nak ada kawan yang boleh luahkan segala masalah, segala perasaan, but at the same time taknak semua orang tahu. Sebab kalau bagitahu kat kawan pun mesti akan tersebar juga cerita korang and semua orang pun akan tahu jugak betul tak. So how can u get friend yang boleh simpan segala cerita korang? Haa kawan from social media laa hahaha. Tapi ingat yee, yang can be trusted je.

So in this post, i would like to make an appreciation to one of my social media friend, who is really humble, yg paling tak expect yang dia ni actually anak prof (wow?!) Hopefully u can be as brilliant as your father, InsyaAllah. Thanks for being a good listener, a good motivator and counselor. Be humble wherever u are. And ingat yang paling penting be honest okay? Haha feel free to share your problem bcs i will always be there for you hehe. Love never more, but never less ;) ingat Allah selalu ;) insyaAllah ada rezeki kita jumpa awak yeee

Sekian.


Popular posts from this blog

Thanks for everything!

Masa before masuk universiti, ain selalu terfikir.. jenis roommate yang macam mana yang ain akan dapat. Is it yang suka lepak, liar, hardcore, kuat carut, or 24 jam dengan boyfriend ke? And ain paling takut bila ain dapat kawan yang liar ni (i mean yang macam suka berfoya foya kat luar, gi kelab malam ke, or something like that) itu yang ain paling takut. Ain bukan takut dengan dorang tapi ain takut kalau kalau ain yang akan terjebak or terpengaruh sekali dengan dorang. Bila tengok kat dalam drama or tv kan banyak kisah kisah yg remaja terjebak dengan benda benda alah macam tu. Hmm tu yang ain risau. Tapi alhamdulillah, setelah menjejakkan kaki di kolej mutiara D158, rumet rumet ain semuanya solehah solehah belaka haha. Dorang memang betul betul sekepala dengan ain. Ain memang tak sangka Allah pertemukan ain dengan dorang. Alhamdulillah ain nampak yang Allah memang nak lindung ain daripada gejala gejala yang ain duk fikir before masuk u tu. Terima kasih Allah! Terima kasih sebab per...

Monolog dan Luahan

Aku memang suka bermonolog. Mostly aku bermonolog dalam hati. Macam sekarang. Sekarang aku tengah bermonolog sambil typing buat post baru untuk blog aku. Kadang tu aku bermonolog sendiri dalam hati bila aku ada masalah. Malas nak cerita masalah sendiri kat orang lain. Ada sesetengah masalah tu terlalu privacy untuk diberitahu. Ahh senang cite memang malas nak buka mulut nak cerita pasal masalah sendiri. Penat mulut membebel dan buang masa.  Haa korang mesti ngomel, 'apa gunanya family, apa gunanya kawan kalau bukan tempat meluah perasaan? Bukan ke tiada rahsia antara kita' hahahaha. Well gais, sometimes u need privacy aite. Tak semua benda pasal diri sendiri nak kena cerita. Tak takut ke kalau ada yang buka aib kita? Nowadays people sukar untuk dipercayai kan even best friend forever (konon) korang tu. So, monolog is the best way untuk meluahkan perasaan kat diri sendiri. Luah perasaan kat diri sendiri? Yes babe! Sama je, bila kau luahkan perasaan kat orang lain and...

Kisah Bertujuh

Hai evelibadi! Kalini no more cerita sedih sedih. I nak cerita happy happy je. This is about us :) (ni jujur based on my opinion selama aku kenal korang) Dari kiri : aida Dia ni pemalu sikit orangnya. Dia lebih kurang cam aku jugak. Dia nak orang tegur dia dulu baru lah dia boleh borak balik dgn orang tu. Aida ni comel comel je orangnya tapi kekadang dia gelabah sikit lagi lagi kalau dia nervous and if dia excited pun dia camtu jugak hahaha thats why lah dia nampak comel. And lagi satu dia ni kalau simpan rahsia mmg susah betul nak korek tau! Next to aida : nabilah Banyak benda nak cakap pasal nab ni sebab aku paling rapat dengan dia. Yela sbb rumah dkt2 je an and memang kenal dari sekolah rendah lagi. Selalunya kalau ada antara kitorang yang ada masalah, mesti pergi kat nabilah dulu minta advice sebab dia kalau bagi advice memang power beb! Apa yang aku boleh cakap, nabilah ni memang matang. Dia senang je bawa diri gi mana mana sebab dia senang bawa borak. And dia ni mmg...